CLICK! CLICK!

Wednesday, April 6, 2011

Long-Long Holiday... yeah~! ^^

cuti sem memang sesuatu yang dinanti2kan, lebih2 lagi student cam aku neh. cuma selalunya cuti uia ngan u u laen selalu x sama start x sama abes. cuti selalunya diisi dengan :

  • qada' tidur secukupnya. lepaskan geram tyme blaja aritu x cukup tido sebab study, wat projek sume. kempiskan balik eye bag korang yang lagi besa dari bijik mata tu

  • tyme ni lah nak ngadap pc/lappy korang, ha on9 sampai lebam. surf tu, search ni.. upload tu, download ni.. hahah. lepas geram btol neh

  • otak mula menerawang pk plan holiday, x kira lah ngan family @ kawan2, gi sana, gi sinun, lokasi pilihan : terpulang ikut kemampuan. dalam mahupun luar negara. yang penting enjoy

  • panas punggung sbenanye dok umah kalau x wat pape. ape lagi, shopping complex la tempat buruan [ shopping, window shopping, tengok muvie dan yang sewaktu dengannya]

  • mane2 yang nak tambah skill rumah tangga untuk bekalan jangka masa panjang, boleh lah mendaftarkan diri ke kelas masakan ke, jahitan, perkebunan, ape2 lagi lah yang boleh di join

  • tyme cuti2 ni lah pulun ngadap tv lak. dulu, tyme blaja pulun tengok buku je kan.. skang? sebut je cerita apa semua dah hafal da dalam pale otak. heheh
  • balas dendam makan puas2 kat rumah. x de sape boleh halang. dulu kat u, makan pun ala kadar je n kene berkira2. n x kurang juga yang gigih berdiet kat rumah. nanti dah naek sem badan pun da langsing. solid molid gitu~ :P
  • fb, twitter, tagged n laen2 mula dikerumuni.. update status setiap hari, setiap jam lah.. belek2 pape yang patut
  • x kurang juga mane yang rajen tu tyme2 cam ni lah wat part tyme, ye lah nanti dah naek sem macam2 mende nak beli. siap sedia awal2.

  • dah berhempas pulas study, wat keje x tdo ape semua, ape lagi... tyme2 cuti ni lah nak memanjakan diri pulak. booking spa, gi saloon, massage..


btw, HAPPY HOLIDAY GUYS!
 sape2 yang x amek short sem memang bahagia.. 5 bulan cuti tuuu.. hehehe. n cuti tu kene guna sebaik mungkin, kalau x rase melayang tah kemana. tau2 da nak habes cuti. mula lah menggelebah x buat tu x buat ni..

P/S : ade pape yang aku tertinggal lagi? kongsikan di sini pe yang korang wat sepanjang cuti sem ;) 

pengakhiran hidup si batu api dan kuncu2nya

korang mesti pernah berhadapan dengan orang yang slalu backstab [dan seangkatan dengannya] kita, walhal kita x de buat kejadah hape yang mengganggu idop diorang.. n penah x berhadapan ngan situasi orang yang sebok dok cari pasal dengan kita padahal kita x tergedik2 pun nak tau pasal hal dia. lantak dia lah dengan hidup dia. AWAS lah dengan mulut dan kata2 mu itu..kerana itu semua mencerminkan akhlakmu. jagalah aib masing2, kerana sesungguhnya ; 

Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
jangan lah hanya berlindung disebalik penulisan palsu yang kununnya hanya pandai nak menasihati orang laen, tapi x pandai lak nak mempraktikkannya dalam kehidupan sehari2. jelik rasa ngan orang2 cam ni. 


yang tu satu, yang ni lagi satu hal. ade jugak makhluk yang suke sangat agaknya melihat teman2 sendiri bermusuhan. apelah agaknya yang dia irikan sangat tu aku pun x tau. orang macam ni pun ada jugak kan? sibuklah ngan part tyme job dia tu, -jadi batu api. agaknya puas kot ati dia tu dok melaga2kan orang. kita ni x penah sket pun nak amek tau pasal dia yang x seberapa nak penting tu. ish ish  ish~ apa nak jadilah agaknya... hurm... pandai cakap, pandailah buat ye. perelokkan diri tu dulu, baru la dok sebok pasal hal orang laen. aku pun x reti nak gadoh2 ni. aku sendiri pun ada kelemahan yang perlu aku perbtolkan. sebab tu x sebok nak canang pekung orang laen ke sana ke mari.. yekyek je.. bawak2 la bersangka baek ngan orang laen.

Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
 teringat kat makhluk2 tu bila baca keratan akhbar ni semalam 

jangan nanti orang semua x tau cerita, bleh jadi tahu, hanya kerana bahana mulut sendiri. ingat! kalau dia boleh wat kat orang laen cam tu, x mustahil menda yang sama dia akan wat pada diri kita sendiri... berwaspadalah dengan si batu api ni... ya Allah, aku mohon dijauhkan dari orang2 sebegini. niat ku berkawan dengan semua orang ikhlas ya Allah.., oleh itu aku minta Kau balas dengan keikhlasan juga... aku yakin balasanMu itu pasti ya Allah. berilah petunjuk pada saudara2 ku yang masih rabun tergadah2 dalam mencari jalanMu yang diredhai... amin ya rabbal alamin...