CLICK! CLICK!

Monday, May 9, 2011

kaf ba ro kaf alif ta nun~ k e b e r k a t a n

hari ini, ada seorang hamba Allah mengajar saya satu perkara yang saya rasakan saya dan anda2 semua patut cuba dan praktikkan dalam diri masing2. iaitu, sebagai permulaan dan persediaan bagi sesiapa yang mahu memulakan diri untuk menyimpan, perkara pertama yang harus dielakkan adalah membelanjakan wang tersebut. yakni, sebaik sahaja wang tersebut sudah berada dalam genggaman, pantas2 la ke bank atau sorokkan wang tersebut dari pandangan mata dan hati bagi mengelakkan diri dari ter atau dibelanjakan mengikut perasaan dan hawa nafsu. cuba jadikan wang tersebut sebagai permulaan untuk mendapat keberkatan hasil titik peluh atas apa yang telah kita kerjakan. amalkan sehingga merasakan diri sudah betul2 stabil, kemudian barulah rancangkan sesuatu untuk diri. memang sakit sebagai permulaan. tetapi beliau mengingatkan saya supaya didik diri untuk bersabar. jikalau dahulu kita tidak berasa perit kerana wang yang didapati bukan dari hasil titik peluh sendiri, lalu dibelanjakan sewenang2nya, tetapi kini wajib sabar dengan dugaan itu untuk menikmati hasilnya yang penuh dengan keberkatan. itulah kemanisan yang bakal diraih jika kita sabar dalam melawan nafsu jahat kita. pandanglah jauh ke depan dan mulakanlah dari sekarang untuk meraih ganjarannya pada masa akan datang, insyaAllah amin~ :) 




p/s : terima kasih kepada yang berkenaan =)