korang mesti pernah berhadapan dengan orang yang slalu backstab [dan seangkatan dengannya] kita, walhal kita x de buat kejadah hape yang mengganggu idop diorang.. n penah x berhadapan ngan situasi orang yang sebok dok cari pasal dengan kita padahal kita x tergedik2 pun nak tau pasal hal dia. lantak dia lah dengan hidup dia. AWAS lah dengan mulut dan kata2 mu itu..kerana itu semua mencerminkan akhlakmu. jagalah aib masing2, kerana sesungguhnya ;
Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
Firman Allah: (maksudnya)
jangan lah hanya berlindung disebalik penulisan palsu yang kununnya hanya pandai nak menasihati orang laen, tapi x pandai lak nak mempraktikkannya dalam kehidupan sehari2. jelik rasa ngan orang2 cam ni.“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
yang tu satu, yang ni lagi satu hal. ade jugak makhluk yang suke sangat agaknya melihat teman2 sendiri bermusuhan. apelah agaknya yang dia irikan sangat tu aku pun x tau. orang macam ni pun ada jugak kan? sibuklah ngan part tyme job dia tu, -jadi batu api. agaknya puas kot ati dia tu dok melaga2kan orang. kita ni x penah sket pun nak amek tau pasal dia yang x seberapa nak penting tu. ish ish ish~ apa nak jadilah agaknya... hurm... pandai cakap, pandailah buat ye. perelokkan diri tu dulu, baru la dok sebok pasal hal orang laen. aku pun x reti nak gadoh2 ni. aku sendiri pun ada kelemahan yang perlu aku perbtolkan. sebab tu x sebok nak canang pekung orang laen ke sana ke mari.. yekyek je.. bawak2 la bersangka baek ngan orang laen.
Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
teringat kat makhluk2 tu bila baca keratan akhbar ni semalam
No comments:
Post a Comment