CLICK! CLICK!

Thursday, October 13, 2011

serius risau :(

serius aku rasa risau skarang. sebab burn pd kulit muka n tangan sangat2 mengambil masa untuk elok cam dulu. hurmmm... mula2 aku rasa burn ni x lama (cam selalu burn x de la amek masa lama sangat nak elok) da siap pakai sunblock bagai lagi.. cara apa lagi yang bleh ilangkan burn ngan cepat? sungguh2 merisaukan aku :( ni sume bahana family day kat bagan lalang aritu.. berjemur x sudah sudah kat tepi pantai tu. aku x mandi pun. dok je atas pasir. tapi still burn. tapi kat sana memang betol2 terik. xkan la aku nak duduk bawah gazebo tu sorang2 sedangkan yang lain dok enjoy main air bagai kan? nanti orang kata aku kera sumbang lak. ngada2 x nak join da tu nape ikut? heh... ikutkan ati x nak ikut, tapi dah diwajibkan semua ikut, so aku pun x terkecuali la.. nah itam yang aku dapat :'( wuwu.. oh ~

Tuesday, September 27, 2011

tukar angin

aku teringin nak ke library ni lak... memang nampak cantek. ala2 shopping mall gitu.. library ni terletak di seksyen 13 shah alam. sape2 yang rajin tu pegi la lepak sana. for more info, gi la google perbadanan perpustakaan awam selangor 




nampak cam best sangat kan dalam gambar? haha




p/s : lambat tau pasal library ni.. kalau x boleh gak gi serbu library ni wat open house pagi tadi.. 

Thursday, September 22, 2011

-love you like a love song-


tetbe tersuka lak lagu ni. pagi ni je da dengar brape puluh kali da.. maybe kalau dengar thru speaker lappy je rasa biasa je. try dengar guna headfon, pehhh!~ layan... hehehe.. enjoy diz song ya! 'i i love u like a long song, baby~ ' by selena gomez

Tuesday, September 20, 2011

terfikir nak wat sket perubahan kat blog... dah lama x make up2 blog 

Saturday, September 17, 2011

percaya pada diri sendiri

kte mmg x bleh lari dari sebarang masalah... n setiap orang pasti ada masalahnya sendiri. kte x bleh nak expect orang tu sentiasa ready untuk kte sahaja. kene ingat dia pun manusia biasa, sama macam kte, x sempurna luar dan dalam, berperasaan dan ada perangainya sendiri. ble aku tengok video ni, apa yang dapat aku rasa:

1) x jemu.. n memang apa yang disampaikan tu btol
2) tertarik dengan kata2 matluthfi dalam klip video kat bawah ni :

'sometime, u think that u are well prepared, u'll gonna be alright, u'll gonna be fine, nothing's gonna happen to u, u're gonna finish ur work on time, but suddenly some problems happen, n that's the time when ur emotion are fully tested...'


kepada semua yang menghadapi masalah dalam hidup ni, amek la kata2 luthfi ni n jadikan renungan bersama ;


' beat ur problems today & move forward...'
&

yang lebih membuatkan aku rasa semangat itu kembali, ble aku dengar kata2 luthfi yang ni :

' Allah x kan mengubah nasib kita kalau kita x cuba mengubahnya sendiri...'

hmm...fikir2kan :)

Sunday, May 15, 2011

unstable mood

salam pagi indah... dalam melayan keenakan tidur malam tadi aku bermimpi. mimpi yang ntah la.. aku sendiri pun x faham apa maksud tersirat. aku anggap ia hanyalah mainan tidur sahaja. kisah mimpi bermula apabila aku tiba2 ntah dari mana datangnya, tiba di sebuah kawasan sekolah. aku lihat sekolah ni bukan sekolah biasa2. sekolah ni dekelilingi bom dan pada minit2 tertentu, ada saja letupan yang dilakukan. keadaan sekolah ni usah cakap lah. berdebu (hasil letusan bom), suasana pelajar2 yang belajar dalam ketakutan dan macam2 lagi. yang aku pelik nape parents diorang still anta diorang belajar kat tempat2 sebegitu? nape x bawak anak keluar dari sekolah tu. diorang x tau ke anak2 diorang berisiko tinggi untuk mati dibom? hurm.. *emo lak aku. pdhal mimpi je pun. haha :P n dalam mimpi kali ni aku muncul ngan watak2 yang belum pernah singgah dalam mimpi aku sebelum2 ni. perjalanan kami jauh... n mimpi aku yang tergantung ni terbantut apabila aku dikejutkan dengan bunyi mesej fon. urghhh!~ haha. emo lagi.

impaknya, bila bangun dari tido, kepala terasa berat, pening2 dan badan rasa letih. aku benci mimpi2 camni. tapi mungkin ada sangkut paut ngan apa yang aku fikirkan sekarang. mungkin lah... macam2 yang aku fikirkan sekarang sampaikan 1 tahap aku merasakan aku penat dengan semua ni. aku mohon Allah sentiasa bantu n permudahkan urusan ku. n pada yang berkenaan, aku harapkan agar kamu memahami situasi aku sekarang. aku x pernah lupa n sentiasa memikirkan hal2 ini. runsing, buntu, gusar, risau,,, itu semua menggambarkan apa yang aku rasakan sekarang... 

Monday, May 9, 2011

kaf ba ro kaf alif ta nun~ k e b e r k a t a n

hari ini, ada seorang hamba Allah mengajar saya satu perkara yang saya rasakan saya dan anda2 semua patut cuba dan praktikkan dalam diri masing2. iaitu, sebagai permulaan dan persediaan bagi sesiapa yang mahu memulakan diri untuk menyimpan, perkara pertama yang harus dielakkan adalah membelanjakan wang tersebut. yakni, sebaik sahaja wang tersebut sudah berada dalam genggaman, pantas2 la ke bank atau sorokkan wang tersebut dari pandangan mata dan hati bagi mengelakkan diri dari ter atau dibelanjakan mengikut perasaan dan hawa nafsu. cuba jadikan wang tersebut sebagai permulaan untuk mendapat keberkatan hasil titik peluh atas apa yang telah kita kerjakan. amalkan sehingga merasakan diri sudah betul2 stabil, kemudian barulah rancangkan sesuatu untuk diri. memang sakit sebagai permulaan. tetapi beliau mengingatkan saya supaya didik diri untuk bersabar. jikalau dahulu kita tidak berasa perit kerana wang yang didapati bukan dari hasil titik peluh sendiri, lalu dibelanjakan sewenang2nya, tetapi kini wajib sabar dengan dugaan itu untuk menikmati hasilnya yang penuh dengan keberkatan. itulah kemanisan yang bakal diraih jika kita sabar dalam melawan nafsu jahat kita. pandanglah jauh ke depan dan mulakanlah dari sekarang untuk meraih ganjarannya pada masa akan datang, insyaAllah amin~ :) 




p/s : terima kasih kepada yang berkenaan =) 

Sunday, May 8, 2011

her very very special day! =)


selamat hari ibu khas buat ibuku tersayang, Puan Ropiah bt. Ali. kalau nak dikenangkan memang x berbelah bagi jasa beliau pada aku. beliau la yang menyiapkan makan pakai sejak kecil dan Alhamdulillah aku sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. semuanya berkat doa dari ibu dan ayahku :) mak, ku titipkan doa buatmu agar dirimu sentiasa di bawah lindunganNya dan sentiasa dimurahkan rezeki hingga hujung nyawa, amin~ restumu sentiasa kudamba untuk menjalani hari ini, esok dan selamanya... love u mak! u're my everything... 

Saturday, May 7, 2011

SERU

plan nak tengok crita laen, terus berubah tengok cerita lain lak. plan nak tengok scream 4 (dah bertahun2 kat panggung, baru ada kesempatan nak tengok). tapi frust. da takdak :( last2 decide nak tengok fast n furious (baru terdetik dalam ati) tetbe dengar ada announcement muvie SERU rm1.50..



macam lalang, terus terasa nak tengok, walhal dalam ati da rasa crita ni x sebest mana (and memang btol) dapat la bergambar ngan artis, nisha dirr.. dari jauh dok pk gak, sape nama artis ni??? haha. sian. sori. saya baru dalam bidang ni *erkkk???* :P


tapi da syarat nya. kalau nak tengok kene beli paper UTUSAN. sorang senaskah. so gi la NEWS.com beli. n luckily, paper tu cukup2 tinggal 2 untuk kitorang je. mungkin dah rezeki. gi balik kat kaunter dia, isi borang n dapat souvenir. ktorang lambat sket tau pasal ni, so just dapat torchlight joh. kalau awal sket dapat t-shirt. hehe. n b4 masuk panggung, de la sesi bergambar ngan artis n ambil gambar ramai2 (x tau la masuk paper ke x). 


komen aku mengenai crita ni? urm............................. urm.............................. haha (faham2 la ye maksudnya) x de la x bes langsung, n x de la bes sangat. tu je bleh ckp. rate crita ni personally aku bagi 2/5 je. nak tau lebih lanjut tontonlah sendiri. mana tau mungkin kena ngan taste anda? ;)

b.a.n.c.i

1st tyma jadi surveyor, lebih jelas lagi maksudnya, pembanci. awal2 fikir gak, macam mana agaknya nanti keadaan yang bakal kami tempuh? apa reaksi orang2 yang bakal kami banci, n macam2 lagi. tapi alhamdulillah, semuanya baek2 belaka. peramah, de yang jemput masuk ke rumah n ada yang x, ada jugak yang siap menjamu lunch, makan nasi, buah, jamu air, hee... makan bukan main intention kami, yang aku nak boldkan, cara layanan mereka dalam menerima kedatangan tetamu.. ye lah, mesti dorang pk, ntah dari mana datangnya budak2 ni, nak jual barang ke apa ke, ye dak? ;) 
kene pegi rumah ke rumah,,,


interview diorang





yeah~! da settle da 

 tapi sbenanya agak seronok :) maybe sebab semua yang kami terjah memberikan respon yang sgt +ve :) de jugak yang x mau dibanci. takpelah. x susah pun. cari je yang laen. rata2 kebanyakannya excited dapat souvenir dari LPPKN. hahaha. umpan. umpan

n bukan takat tu je, orang kata da alang2 menyinggah rata2 tu, jalan2 la skali kat tempat orang. beza jalan ngan family n kawan2. tapi yang nyata 2 2 seronok :) cuma ngan kawan lebih terhibur. maybe sebab de yang sebaya (saya x de adik, ngan kawan2 la adik2 kakak2 abang2 saya) :D







Saturday, April 30, 2011

pasangan raja berhari hari




rasanya masih agak belum terlambat lagi nak wish selamat pengantin baru kepada pasangan raja berhari hari, prince william of wales n his wife, catherine elizabeth middleton :)


Wednesday, April 20, 2011

semoga cepat sembuh! amin~

dok umah macam2 gak yang aku wat tapi x bergerak seaktif kat uia la. n duduk kat rumah ni semua benda nak naik, n yang paling ketara skali berat badan aku. x timbang (kunun2 x nak trima kenyataan la kan berat da naik), tapi memang dapat rasa perubahan tu. salah satu faktor sebab tidur lama? oh tidakkk. duduk rumah kali ni memang x de peluang pun nak tidur lama2. seriously. sebab banyak aktiviti2 kat rumah yang menghalang niat-bazirmasakuyang-suci tu.. anta anak2 buah gi ngaji, kemas rumah, petik cili api kat kebun mini, kacau n bagi kura2 n ikan2 emas makan, teman kakak aku gi kolam air panas dia tu, diheret kakak ke sana ke sini n macam2 lagi. x dan langsung aku nak cuba bakat memasak aku kat rumah.. aigoo~ :'( n skarang, makin bertambah2 bz. mengajar, tolong kakak aku berniaga n macam2 lagi yang menanti. n yang paling latest aku akan wat kerja2 survey. lokasi n cerita selanjutnya aku akan critakan pada entry akan datang...................




blog pun da lama x disentuh gara2 kesihatan yang x mengizinkan. saket tekak yang mula2 aku ingatkan biasa je rupa2nya melarat sampai demam, pas tu selsema pulak melekat, da mula pening2 n x larat.. da pergi klinik n doc da bagi ubat. huh~ dugaan maha berat... ya Allah, aku mohon kesihatan yang baik dariMu ya Allah. moga Kau permudahkan sgalanya n dimakbulkan doa2ku. amin~ 

Sunday, April 10, 2011

merungut........

seperti biasa, video2 yang dihasilkan oleh matlutfi pasti x menghampakan. ade saja idea nak bagi orang terhibur. yang best nya klip2 video mamat ni adalah disebalik lawak2 yang dia buat tu terselit mesej2 yang berguna. n frankly, apa yang dia rungutkan dalam klip video ni sama seperti yang terjadi in reality idop aku sendiri.. memang terpang rasa kat muka ni haha. aku yakin semua dak2 yang amek sama kos ngan aku pasti sedikit sebanyak akan merungut pasal menda sama. nak tau? tontonlah sendiri.. hehehe 



p/s : tersengih sorang2 tengok klip video ni XD

*ehem2*.. cubaan suara..


bagi sesapa yang ingin menyertai pertandingan karaoke ni, amat dialu2kan ;) hadiah utama yang ditawarkan adalah seperti yang tertera dalam poster kat atas ni *sila click*senarai lagu korang tengok la kat dalam gambar tu jugak, belek satu satu.. pilih la yang mana berkenan n dirasakan sesuai ngan kemantapan vokal masing2 :D sape tau, anda salah seorang yang terpilih n bakal dinobatkan menjadi artis? haha. blom cuba blom tau. jangan berlengah lagi, yang duduk sekitar kl, cubalah nasib anda di redbox sogo 15mei ni. sambil2 kopek kuaci tu, pilih la lagu n download cepat2. da siap download dengar n hayati [orang kata nyanyi kene ada feel, baru masuk ngan lagu] :P oh ye, kalau menang jangan lupe tong tong ye :P :P :P 

syarat yang ditetapkan untuk join contest ni, korang kene beli dulu album kisah cinta hanya dengan 1000 ganjaran mata dot red. untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.redbox.com.my/

BIRTHDAY!

malam tu dapat mesej dari noor, ' kita x nak celebrate beday izwan ke?' memang ada terpk tepi memikirkan zam, noor n izwan sume ada paper lagi, sebab tu diamkan dulu. ble noor da mula menyuarakan, terpk2 gak nak wat ape kat ne lak untuk celebrate beday izwan kali ni. pk punya pk, last2 terus mesej izwan n tanya sendiri ble dia free [sebab dorang still ada exam, last paper diorang pun hari2 last2 dak2 uia sume abes paper. x bleh jugak nak wat pas exam, takut ada yang da nak balik terus pas abes paper tu. n izwan pun x kesah beday kali ni x wat surprise cam beday2 sbelum ni, ktorang pun ape lagi...heheheh 

plan macam2, tapi sume x bleh nak wat. sebab jauh la, nak study lagi.. macam2 kekangan. so at last, kami decide utk -->



berseoul garden je.. sume ok, then terus gerak petang tu jugak. sampai2 OU, cari seoul, pergi ke kaunter bayar n terus cari tempat duduk. letak barang2 n terus pilih2 ape yang nak di fry'ing' n di steamboat'ing' kan.. rasa macam  meja ktorang je yang x stop2 masak dari awal sampai la da nak blah, sampai tergolek2 meatball dari meja sampai ke seberang. eheh *malu*. tengok aksi2 mereka, termasukla aku ;






lepas da tukar dengan yang baru, sambung balik masak saki baki yang still mentah. 





sbelum beredar, x sah kalau x amek gambar dulu :P

dan atas permintaan beday boy, kami ke redbox curve menghabiskan masa di situ. 



HAPPY 23rd BIRTHDAY IZWAN... may Allah bless u =)



Thursday, April 7, 2011

...dia anak Dato', u anak Tan Sri...


hahaha.. aku dah tengok video ni banyak2 kali pun still gelak lagi.. layan~ ;D

Wednesday, April 6, 2011

Long-Long Holiday... yeah~! ^^

cuti sem memang sesuatu yang dinanti2kan, lebih2 lagi student cam aku neh. cuma selalunya cuti uia ngan u u laen selalu x sama start x sama abes. cuti selalunya diisi dengan :

  • qada' tidur secukupnya. lepaskan geram tyme blaja aritu x cukup tido sebab study, wat projek sume. kempiskan balik eye bag korang yang lagi besa dari bijik mata tu

  • tyme ni lah nak ngadap pc/lappy korang, ha on9 sampai lebam. surf tu, search ni.. upload tu, download ni.. hahah. lepas geram btol neh

  • otak mula menerawang pk plan holiday, x kira lah ngan family @ kawan2, gi sana, gi sinun, lokasi pilihan : terpulang ikut kemampuan. dalam mahupun luar negara. yang penting enjoy

  • panas punggung sbenanye dok umah kalau x wat pape. ape lagi, shopping complex la tempat buruan [ shopping, window shopping, tengok muvie dan yang sewaktu dengannya]

  • mane2 yang nak tambah skill rumah tangga untuk bekalan jangka masa panjang, boleh lah mendaftarkan diri ke kelas masakan ke, jahitan, perkebunan, ape2 lagi lah yang boleh di join

  • tyme cuti2 ni lah pulun ngadap tv lak. dulu, tyme blaja pulun tengok buku je kan.. skang? sebut je cerita apa semua dah hafal da dalam pale otak. heheh
  • balas dendam makan puas2 kat rumah. x de sape boleh halang. dulu kat u, makan pun ala kadar je n kene berkira2. n x kurang juga yang gigih berdiet kat rumah. nanti dah naek sem badan pun da langsing. solid molid gitu~ :P
  • fb, twitter, tagged n laen2 mula dikerumuni.. update status setiap hari, setiap jam lah.. belek2 pape yang patut
  • x kurang juga mane yang rajen tu tyme2 cam ni lah wat part tyme, ye lah nanti dah naek sem macam2 mende nak beli. siap sedia awal2.

  • dah berhempas pulas study, wat keje x tdo ape semua, ape lagi... tyme2 cuti ni lah nak memanjakan diri pulak. booking spa, gi saloon, massage..


btw, HAPPY HOLIDAY GUYS!
 sape2 yang x amek short sem memang bahagia.. 5 bulan cuti tuuu.. hehehe. n cuti tu kene guna sebaik mungkin, kalau x rase melayang tah kemana. tau2 da nak habes cuti. mula lah menggelebah x buat tu x buat ni..

P/S : ade pape yang aku tertinggal lagi? kongsikan di sini pe yang korang wat sepanjang cuti sem ;) 

pengakhiran hidup si batu api dan kuncu2nya

korang mesti pernah berhadapan dengan orang yang slalu backstab [dan seangkatan dengannya] kita, walhal kita x de buat kejadah hape yang mengganggu idop diorang.. n penah x berhadapan ngan situasi orang yang sebok dok cari pasal dengan kita padahal kita x tergedik2 pun nak tau pasal hal dia. lantak dia lah dengan hidup dia. AWAS lah dengan mulut dan kata2 mu itu..kerana itu semua mencerminkan akhlakmu. jagalah aib masing2, kerana sesungguhnya ; 

Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
jangan lah hanya berlindung disebalik penulisan palsu yang kununnya hanya pandai nak menasihati orang laen, tapi x pandai lak nak mempraktikkannya dalam kehidupan sehari2. jelik rasa ngan orang2 cam ni. 


yang tu satu, yang ni lagi satu hal. ade jugak makhluk yang suke sangat agaknya melihat teman2 sendiri bermusuhan. apelah agaknya yang dia irikan sangat tu aku pun x tau. orang macam ni pun ada jugak kan? sibuklah ngan part tyme job dia tu, -jadi batu api. agaknya puas kot ati dia tu dok melaga2kan orang. kita ni x penah sket pun nak amek tau pasal dia yang x seberapa nak penting tu. ish ish  ish~ apa nak jadilah agaknya... hurm... pandai cakap, pandailah buat ye. perelokkan diri tu dulu, baru la dok sebok pasal hal orang laen. aku pun x reti nak gadoh2 ni. aku sendiri pun ada kelemahan yang perlu aku perbtolkan. sebab tu x sebok nak canang pekung orang laen ke sana ke mari.. yekyek je.. bawak2 la bersangka baek ngan orang laen.

Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
 teringat kat makhluk2 tu bila baca keratan akhbar ni semalam 

jangan nanti orang semua x tau cerita, bleh jadi tahu, hanya kerana bahana mulut sendiri. ingat! kalau dia boleh wat kat orang laen cam tu, x mustahil menda yang sama dia akan wat pada diri kita sendiri... berwaspadalah dengan si batu api ni... ya Allah, aku mohon dijauhkan dari orang2 sebegini. niat ku berkawan dengan semua orang ikhlas ya Allah.., oleh itu aku minta Kau balas dengan keikhlasan juga... aku yakin balasanMu itu pasti ya Allah. berilah petunjuk pada saudara2 ku yang masih rabun tergadah2 dalam mencari jalanMu yang diredhai... amin ya rabbal alamin... 

Monday, April 4, 2011

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010


hah.. hamek. seketol seketol tajuk aku tulis. siap uppercase lagi tu. by the way, anugerah bintang popular berita harian buat julung julung kalinya diadakan di arena genting, taman tema idaman *erkkk, saje menambah, lebih2 plak* :P bagi mereka2 yang termiss atau x dapek nak tengok langsung siaran langsung smalam, aku da wat ulasan keseluruhan pemenang malam smalam. 


artis duo berkumpulan popular

6ixth sense

penyanyi nasyid popular

rabbani

pelakon tv wanita popular

fasha sandha

artis komedi wanita popular

noor khiriah

penyampai radio lelaki popular

faizal ismail

pengacara tv lelaki popular

aznil hj nawawi

artis baru lelaki popular

shahir

pelakon tv lelaki popular

remi ishak

penyampai radio wanita popular

fara fauzana

pengacara tv wanita popular

fara fauzana

artis komedi lelaki popular

zizan 

anugerah pencapaian sepanjang hayat

dato rosnani jamil

penyanyi lelaki popular

faizal tahir

pelakon wanita popular

lisa surihani

artis baru wanita popular

ana raffali

pelakon filem lelaki popular

shaheizy sam

penyanyi wanita popular

yuna

bintang paling popular 2010

shaheizy sam!!!

tahniah diucapkan kepada semua pemenang!!!

.....n.....

x dilupakan jugak ucop wilcha n abi hurairah.. 


hahaha. memang menggamit suasana. dan persembahan mantap siti nurhaliza.. 



persembahan siti mane de yang x memukau pandangan kan? ;)


P/S : terlambat sehari lak post entry ni.. smalam koi da ngantok.. almaklum le koi memang manjakan mata dari sgalanya.. hehehehe..