CLICK! CLICK!

Saturday, April 30, 2011

pasangan raja berhari hari




rasanya masih agak belum terlambat lagi nak wish selamat pengantin baru kepada pasangan raja berhari hari, prince william of wales n his wife, catherine elizabeth middleton :)


Wednesday, April 20, 2011

semoga cepat sembuh! amin~

dok umah macam2 gak yang aku wat tapi x bergerak seaktif kat uia la. n duduk kat rumah ni semua benda nak naik, n yang paling ketara skali berat badan aku. x timbang (kunun2 x nak trima kenyataan la kan berat da naik), tapi memang dapat rasa perubahan tu. salah satu faktor sebab tidur lama? oh tidakkk. duduk rumah kali ni memang x de peluang pun nak tidur lama2. seriously. sebab banyak aktiviti2 kat rumah yang menghalang niat-bazirmasakuyang-suci tu.. anta anak2 buah gi ngaji, kemas rumah, petik cili api kat kebun mini, kacau n bagi kura2 n ikan2 emas makan, teman kakak aku gi kolam air panas dia tu, diheret kakak ke sana ke sini n macam2 lagi. x dan langsung aku nak cuba bakat memasak aku kat rumah.. aigoo~ :'( n skarang, makin bertambah2 bz. mengajar, tolong kakak aku berniaga n macam2 lagi yang menanti. n yang paling latest aku akan wat kerja2 survey. lokasi n cerita selanjutnya aku akan critakan pada entry akan datang...................




blog pun da lama x disentuh gara2 kesihatan yang x mengizinkan. saket tekak yang mula2 aku ingatkan biasa je rupa2nya melarat sampai demam, pas tu selsema pulak melekat, da mula pening2 n x larat.. da pergi klinik n doc da bagi ubat. huh~ dugaan maha berat... ya Allah, aku mohon kesihatan yang baik dariMu ya Allah. moga Kau permudahkan sgalanya n dimakbulkan doa2ku. amin~ 

Sunday, April 10, 2011

merungut........

seperti biasa, video2 yang dihasilkan oleh matlutfi pasti x menghampakan. ade saja idea nak bagi orang terhibur. yang best nya klip2 video mamat ni adalah disebalik lawak2 yang dia buat tu terselit mesej2 yang berguna. n frankly, apa yang dia rungutkan dalam klip video ni sama seperti yang terjadi in reality idop aku sendiri.. memang terpang rasa kat muka ni haha. aku yakin semua dak2 yang amek sama kos ngan aku pasti sedikit sebanyak akan merungut pasal menda sama. nak tau? tontonlah sendiri.. hehehe 



p/s : tersengih sorang2 tengok klip video ni XD

*ehem2*.. cubaan suara..


bagi sesapa yang ingin menyertai pertandingan karaoke ni, amat dialu2kan ;) hadiah utama yang ditawarkan adalah seperti yang tertera dalam poster kat atas ni *sila click*senarai lagu korang tengok la kat dalam gambar tu jugak, belek satu satu.. pilih la yang mana berkenan n dirasakan sesuai ngan kemantapan vokal masing2 :D sape tau, anda salah seorang yang terpilih n bakal dinobatkan menjadi artis? haha. blom cuba blom tau. jangan berlengah lagi, yang duduk sekitar kl, cubalah nasib anda di redbox sogo 15mei ni. sambil2 kopek kuaci tu, pilih la lagu n download cepat2. da siap download dengar n hayati [orang kata nyanyi kene ada feel, baru masuk ngan lagu] :P oh ye, kalau menang jangan lupe tong tong ye :P :P :P 

syarat yang ditetapkan untuk join contest ni, korang kene beli dulu album kisah cinta hanya dengan 1000 ganjaran mata dot red. untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.redbox.com.my/

BIRTHDAY!

malam tu dapat mesej dari noor, ' kita x nak celebrate beday izwan ke?' memang ada terpk tepi memikirkan zam, noor n izwan sume ada paper lagi, sebab tu diamkan dulu. ble noor da mula menyuarakan, terpk2 gak nak wat ape kat ne lak untuk celebrate beday izwan kali ni. pk punya pk, last2 terus mesej izwan n tanya sendiri ble dia free [sebab dorang still ada exam, last paper diorang pun hari2 last2 dak2 uia sume abes paper. x bleh jugak nak wat pas exam, takut ada yang da nak balik terus pas abes paper tu. n izwan pun x kesah beday kali ni x wat surprise cam beday2 sbelum ni, ktorang pun ape lagi...heheheh 

plan macam2, tapi sume x bleh nak wat. sebab jauh la, nak study lagi.. macam2 kekangan. so at last, kami decide utk -->



berseoul garden je.. sume ok, then terus gerak petang tu jugak. sampai2 OU, cari seoul, pergi ke kaunter bayar n terus cari tempat duduk. letak barang2 n terus pilih2 ape yang nak di fry'ing' n di steamboat'ing' kan.. rasa macam  meja ktorang je yang x stop2 masak dari awal sampai la da nak blah, sampai tergolek2 meatball dari meja sampai ke seberang. eheh *malu*. tengok aksi2 mereka, termasukla aku ;






lepas da tukar dengan yang baru, sambung balik masak saki baki yang still mentah. 





sbelum beredar, x sah kalau x amek gambar dulu :P

dan atas permintaan beday boy, kami ke redbox curve menghabiskan masa di situ. 



HAPPY 23rd BIRTHDAY IZWAN... may Allah bless u =)



Thursday, April 7, 2011

...dia anak Dato', u anak Tan Sri...


hahaha.. aku dah tengok video ni banyak2 kali pun still gelak lagi.. layan~ ;D

Wednesday, April 6, 2011

Long-Long Holiday... yeah~! ^^

cuti sem memang sesuatu yang dinanti2kan, lebih2 lagi student cam aku neh. cuma selalunya cuti uia ngan u u laen selalu x sama start x sama abes. cuti selalunya diisi dengan :

  • qada' tidur secukupnya. lepaskan geram tyme blaja aritu x cukup tido sebab study, wat projek sume. kempiskan balik eye bag korang yang lagi besa dari bijik mata tu

  • tyme ni lah nak ngadap pc/lappy korang, ha on9 sampai lebam. surf tu, search ni.. upload tu, download ni.. hahah. lepas geram btol neh

  • otak mula menerawang pk plan holiday, x kira lah ngan family @ kawan2, gi sana, gi sinun, lokasi pilihan : terpulang ikut kemampuan. dalam mahupun luar negara. yang penting enjoy

  • panas punggung sbenanye dok umah kalau x wat pape. ape lagi, shopping complex la tempat buruan [ shopping, window shopping, tengok muvie dan yang sewaktu dengannya]

  • mane2 yang nak tambah skill rumah tangga untuk bekalan jangka masa panjang, boleh lah mendaftarkan diri ke kelas masakan ke, jahitan, perkebunan, ape2 lagi lah yang boleh di join

  • tyme cuti2 ni lah pulun ngadap tv lak. dulu, tyme blaja pulun tengok buku je kan.. skang? sebut je cerita apa semua dah hafal da dalam pale otak. heheh
  • balas dendam makan puas2 kat rumah. x de sape boleh halang. dulu kat u, makan pun ala kadar je n kene berkira2. n x kurang juga yang gigih berdiet kat rumah. nanti dah naek sem badan pun da langsing. solid molid gitu~ :P
  • fb, twitter, tagged n laen2 mula dikerumuni.. update status setiap hari, setiap jam lah.. belek2 pape yang patut
  • x kurang juga mane yang rajen tu tyme2 cam ni lah wat part tyme, ye lah nanti dah naek sem macam2 mende nak beli. siap sedia awal2.

  • dah berhempas pulas study, wat keje x tdo ape semua, ape lagi... tyme2 cuti ni lah nak memanjakan diri pulak. booking spa, gi saloon, massage..


btw, HAPPY HOLIDAY GUYS!
 sape2 yang x amek short sem memang bahagia.. 5 bulan cuti tuuu.. hehehe. n cuti tu kene guna sebaik mungkin, kalau x rase melayang tah kemana. tau2 da nak habes cuti. mula lah menggelebah x buat tu x buat ni..

P/S : ade pape yang aku tertinggal lagi? kongsikan di sini pe yang korang wat sepanjang cuti sem ;) 

pengakhiran hidup si batu api dan kuncu2nya

korang mesti pernah berhadapan dengan orang yang slalu backstab [dan seangkatan dengannya] kita, walhal kita x de buat kejadah hape yang mengganggu idop diorang.. n penah x berhadapan ngan situasi orang yang sebok dok cari pasal dengan kita padahal kita x tergedik2 pun nak tau pasal hal dia. lantak dia lah dengan hidup dia. AWAS lah dengan mulut dan kata2 mu itu..kerana itu semua mencerminkan akhlakmu. jagalah aib masing2, kerana sesungguhnya ; 

Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
jangan lah hanya berlindung disebalik penulisan palsu yang kununnya hanya pandai nak menasihati orang laen, tapi x pandai lak nak mempraktikkannya dalam kehidupan sehari2. jelik rasa ngan orang2 cam ni. 


yang tu satu, yang ni lagi satu hal. ade jugak makhluk yang suke sangat agaknya melihat teman2 sendiri bermusuhan. apelah agaknya yang dia irikan sangat tu aku pun x tau. orang macam ni pun ada jugak kan? sibuklah ngan part tyme job dia tu, -jadi batu api. agaknya puas kot ati dia tu dok melaga2kan orang. kita ni x penah sket pun nak amek tau pasal dia yang x seberapa nak penting tu. ish ish  ish~ apa nak jadilah agaknya... hurm... pandai cakap, pandailah buat ye. perelokkan diri tu dulu, baru la dok sebok pasal hal orang laen. aku pun x reti nak gadoh2 ni. aku sendiri pun ada kelemahan yang perlu aku perbtolkan. sebab tu x sebok nak canang pekung orang laen ke sana ke mari.. yekyek je.. bawak2 la bersangka baek ngan orang laen.

Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
 teringat kat makhluk2 tu bila baca keratan akhbar ni semalam 

jangan nanti orang semua x tau cerita, bleh jadi tahu, hanya kerana bahana mulut sendiri. ingat! kalau dia boleh wat kat orang laen cam tu, x mustahil menda yang sama dia akan wat pada diri kita sendiri... berwaspadalah dengan si batu api ni... ya Allah, aku mohon dijauhkan dari orang2 sebegini. niat ku berkawan dengan semua orang ikhlas ya Allah.., oleh itu aku minta Kau balas dengan keikhlasan juga... aku yakin balasanMu itu pasti ya Allah. berilah petunjuk pada saudara2 ku yang masih rabun tergadah2 dalam mencari jalanMu yang diredhai... amin ya rabbal alamin... 

Monday, April 4, 2011

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010


hah.. hamek. seketol seketol tajuk aku tulis. siap uppercase lagi tu. by the way, anugerah bintang popular berita harian buat julung julung kalinya diadakan di arena genting, taman tema idaman *erkkk, saje menambah, lebih2 plak* :P bagi mereka2 yang termiss atau x dapek nak tengok langsung siaran langsung smalam, aku da wat ulasan keseluruhan pemenang malam smalam. 


artis duo berkumpulan popular

6ixth sense

penyanyi nasyid popular

rabbani

pelakon tv wanita popular

fasha sandha

artis komedi wanita popular

noor khiriah

penyampai radio lelaki popular

faizal ismail

pengacara tv lelaki popular

aznil hj nawawi

artis baru lelaki popular

shahir

pelakon tv lelaki popular

remi ishak

penyampai radio wanita popular

fara fauzana

pengacara tv wanita popular

fara fauzana

artis komedi lelaki popular

zizan 

anugerah pencapaian sepanjang hayat

dato rosnani jamil

penyanyi lelaki popular

faizal tahir

pelakon wanita popular

lisa surihani

artis baru wanita popular

ana raffali

pelakon filem lelaki popular

shaheizy sam

penyanyi wanita popular

yuna

bintang paling popular 2010

shaheizy sam!!!

tahniah diucapkan kepada semua pemenang!!!

.....n.....

x dilupakan jugak ucop wilcha n abi hurairah.. 


hahaha. memang menggamit suasana. dan persembahan mantap siti nurhaliza.. 



persembahan siti mane de yang x memukau pandangan kan? ;)


P/S : terlambat sehari lak post entry ni.. smalam koi da ngantok.. almaklum le koi memang manjakan mata dari sgalanya.. hehehehe..

lagu ni currently terngiang2 dalam pale otak aku :) mr romantic, kamtumi plis? tetbo~ hahaha :P

Friday, April 1, 2011

babai 2 big breakfast free mcD~

smalam last day promotion mcD murah.. n Alhamdulillah aku berjaya jugak pakai kupon tu [errr, tapi bukan pakai aku punye pun, pakai kawan aku punya] :P smangat tol dia, siap print yang kale lagi tu. hehe, walhal sbenanye dia x tau yang print black/white pun diterima pakai. dah kata ari last promotion, x kira baek drive thru mahupun kaunter memang diserbu. yang mana aku rasa liat bangun pagi pun gegas2 pegi rebut sarapan pagi yang enak menjilat jari tu. aku sendiri pun kebetolan stay up study, so da alang2 x tdo tu tu yang menyinggah gi beli sarapan. kalau x harapan jugak :P haha. n x penah2 take away bekfes, pagi tu aku take away je,



sebab takut lambat nak exam pagi tu kol 9. on da way balik, kat traffic lite ternampak la bas skolah. 



tetbe teringat nostalgia [cewwwah] zaman kanak dulu.. naek bas gi skolah betol n skolah agama sbelah petangnya. tapi x lama pun naek bas. sampai pertengahan darjah 3, aku da mula naek kreta mak kawan aku. lagi senang, x perlu berasak n paling penting fleksibel ngan masa. ya. aku rindu zaman skolah dulu. 






  • darjah 1 & 2 - sekolah rendah kebangsaan st theresa brickfield & sekolah agama abu bakar as-siddiq, bangsar kl
  • pertengahan darjah 2 & 3 - sekolah rendah kebangsaan jalan air panas & sekolah rendah agama setapak
  • awal darjah 3 -> 6 - sekolah kebangsaan taman desa, jln klang lama, kl
  • tingkatan 1 - sekolah menengah aminuddin baki, kampung pandan, kl
  • awal tingkatan 1 [19.2] -> 5 - sekolah menengah sains tengku abdullah, raub pahang
  • matrik - matrikulasi uia pj, a.k.a cenfos iium [centre for foundation studies, iium]
  • current - iium gombak :)





P/S : pas ni ke mane plak? ;)

Inventory Day

last sunday berlangsungnya 'inventory day'... keje2 mengemaskini patitul n menceriakan bilik angklung b4 semua manusia pulang ke rumah masing2 dan melapangkan hati di rumah bersama familli tersayang. agenda utama inventory ni adalah meminyakkan angklung. ape sebabnya perlu meminyakkan angklung? cane? ni haaa.. guna ; 


minyak masak [ x kira la apa capnya, janji minyak masak], kemudian ambil tisu dan kemudian lapkan di seluruh liang badan angklung. x payah lumur banyak2 sampai menitik2 minyak tu ke lantai, cukup sekadar nampak kilat2 sket je..



sebab? nak bagi angklung tahan lama. n tyme tu jugak lah baiki mana2 angklung yang da sumbang bunyi nya, retak2 pada angklung juga digamkan.

lain2 aktiviti :


  kemaskini patitul

  lipat n simpan sume baju2 performance

wat hiasan board yang baru

selesai 'mengerjakan' bilik angklung, kami disajikan ngan domino's pizza percuma, sponsor daripada senior2 yang turun padang secara sukarela.


 thnx to kak atun + kak nana



terima kasih skali lagi untuk penaja pizza dan air oren yang sedap! laenkali blanje lagi. eheh :P